BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 28, 2010

sayangi dan hargai wanita

Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepada.Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasny

cinta itu suci

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka



Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?



Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!



Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.



Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!



Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”



Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,



“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.





Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.



Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.



Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 











Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan....

Sunday, December 26, 2010

fainted at the wedding day

abang emer kawin..

hmm..semalam and hari ni sungguh penat
kami semua busy betul tuk weding reception abg emer n dr lyana
tapi aku xlah rasa penat sangat sebab memang adat lah kan..
masa kenduri
lelaki paling banyak bekerja..
huhu
semalam hantar roang emer g akad nikah kat selayang
sweet betul
sama cantik sama padan
haha
kat sini ada satu sweet memory happened
abang emer pitam masa potong kek
dia tu darah gemuruh agak teruk
huhu
comel la
nasib baik lah dapat bini doctor
pengapit pun doctor
tapi lucu lah
hahaha
tengah potong kek pun pitam
jarang orang alami perkara macam ni masa kawin
sweet kan
boleh jadi pengalaman yang xkan dilupakan sampai mati..
sweet